Patung belon
Patung belon

Patung belon

Patung belon ialah patung orang lidi yang terdiri daripada tiub kain panjang yang akan dipasang dengan menggunakan kuasa kipas elektrik dibawahnya. Apabila kipas dibuka dan udara melaluinya, patung belon akan bergerak dalam gerakan menari atau melambai-lambai. Patung belon biasanya digunakan untuk mengiklankan premis perniagaan runcit kepada pemandu yang sedang lalu lalang.[1]Peter Minshall, seorang artis dari Trinidad dan Tobago, telah menciptakan patung belon, dan ia telah dibangunkan oleh pasukan yang merangkumi artis Israel, Doron Gazit[2] dan Arieh Dranger,[3] untuk Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 1996.[4][5][2][6] Pada awalnya, Minshall memanggil ciptaannya sebagai "Tall Boy". Kemudian, Gazit mempatenkan konsep belon berbentuk manusia menari dan melambai-lambai, serta melesenkan paten itu kepada pelbagai syarikat yang mengeluarkan dan menjual alatan tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Patung belon http://consumerist.com/2014/12/05/who-invented-roa... http://www.slate.com/blogs/the_eye/2014/12/03/roma... http://www.guardian.co.tt/lifestyle/2014-12-10/who... https://patents.justia.com/patent/20010002354 https://medium.com/re-form/biography-of-an-inflata... https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Tube+man https://web.archive.org/web/20150108213442/http://... https://web.archive.org/web/20180612142234/https:/... https://web.archive.org/web/20180612143139/http://... https://web.archive.org/web/20180612145213/http://...